Thursday, November 25, 2010



FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
( TUGASAN )

oumHBHE2103: TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
SEMESTER : SEPTEMBER 2010


NAMA                                      :  RAZITA BT MOHD NOOR
NO I/C                                      :  710613-03-5094
ALAMAT E-MAIL                  : mctasktm2@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN    :  IPGM SULTAN MIZAN, BESUT TERENGGANU
NO.TEL                                    :  0179764560
NAMA PENSYARAH            :  EN FAN SIONG PENG

BIBLIOGRAFI

 Guok Soon Leng. (2010). Essential Revision Guide for Exam Success - Mathematics   
    Year 2. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Longman.

Lee Tak Sing.(2009).Mathematics Year 2 – Textbook Part 2.Kuala Lumpur :       
    Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.

Murugiah s/o Velayutham dan Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103 Teaching  
    Mathematics in Year 2. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.
               
Integrated Curriculum for Primary School Mathematics Year 2. Pusat Pekembangan  
    Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10

RUMUSAN

Menurut Shulman (1986), seseorang guru itu perlu mahir dalam dua aspek iaitu pengetahuan mendalam dalam sesuatu pelajaran yang diajar dan memahami cara untuk memudahkan pembelajaran kepada murid-muridnya. Bagi memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja perlu menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi juga perlu mencipta pengajaran yang berkesan yang dapat merangsang minat pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebiasaannya, di dalam sesebuah kelas, guru akan berhadapan dengan murid yang berbeza kebolehan. Terdapat murid yang arus perdana dan juga murid Linus. Justeru itu, guru perlu memainkan peranan bagi memilih kaedah dan teknik yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid-muridnya. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai dapat menjadikan sesuatu proses P&P menarik dan memberi ruang untuk membolehkan murid-murid mengambil bahagian secara aktif. 

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya menggalakkan murid membelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan adalah sesuai dengan aktiviti mengukur dan membanding isipadu yang telah dicadangkan. Aktiviti sebegini memberi peluang kepada murid-murid menggunakan deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Aktiviti ini juga  berpusatkan murid dan seterusnya  secara tidak langsung murid dapat mengamalkan nilai-nilai kolaboratif. Tambahan pula, bahan bantu mengajar yang disediakan merupakan bahan yang biasa dilihat dan diguna oleh murid-murid. Mereka tahu cara penggunaan alat dan dengan ini memudahkan guru memberi arahan. 




Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KUMPULAN PENCAPAIAN TINGGI

Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair.


Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat,
  • Mencatat isipadu cecair yang disukat.
Bahan Bantu Mengajar:
  • Air berwarna (merah,biru,kuning,hijau, oren)
  • Bekas pelbagai bentuk dan saiz.
  • Bikar penyukat.
Aktiviti:
  1. Guru menunjukkan 3 bekas yang berlainan bentuk dan saiz.
  2. Setiap bekas ditanda dengan A,B, dan C dan diisi dengan air berwarna merah.
  3. Guru bersoaljawab dengan murid tentang air dalam bekas manakah yang paling banyak.
  4. Guru meminta seorang murid ke depan dan memasukkan air dari bekas A ke dalam bikar penyukat untuk mengetahui isipadu sebenar.
  5. Guru dan murid berbincang bacaan isipadu air.
  6. Guru menegaskan cara bacaan yang betul.
  7. Bacaan isipadu bekas A dicatat.
  8. Aktiviti diulang untuk bekas B dan C.
  9. Murid dan guru merumus isipadu dari bekas yang mana paling banyak,  sedikit dan paling sedikit.
  10. Aktiviti diteruskan dengan permainan "Mari Menyukat".

CONTOH BEKAS PELBAGAI BENTUK DAN SAIZ.






        
                               CARA MEMBACA ISIPADU DENGAN BETUL



                       PERMAINAN MARI MENYUKAT



  1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut warna air yang diberi.
  2. Setiap kumpulan diberi 6 bekas pelbagai bentuk dan saiz yang berisi air berwarna dan sebiji bikar penyukat.
  3. Murid menyukat air dengan menggunakan bikar penyukat dan mencatat isipadu air dalam lembaran kerja yang diberi.
  4. Kumpulan yang dapat membuat catatan yang paling tepat dikira pemenang.

CONTOH LEMBARAN KERJA


BEKAS

ISIPADU


Gelas
                           







Cawan







Botol tinggi






Mangkuk





Gelas tinggi






Botol mineral









Tuesday, November 23, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KUMPULAN LEMAH

Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair.

Hasil pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat,
  • Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan alat penyukat tidak piawai.
Bahan Bantu Mengajar:
  • Baldi
  • Botol
  • Span
  • Air berwarna (kuning, biru, hijau, merah, oren)
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid telah belajar tentang banyak, lebih banyak, sedikit, kurang, tinggi, dan rendah semasa di Tahun 1.

Aktiviti:
  1. " Siapa Banyak Mengisi Air" di buat di luar bilik darjah.
  2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
  3. Setiap kumpulan diberi nama berdasarkan warna air di dalam baldi yang diberi oleh guru.
  4. Murid dimminta mengisi air ke dalam botol dengan menggunakan span secara bergilir-gilir antara ahli dalam kumpulan.
  5. Masa diberi untuk mengisi air adalah 2 minit.
  6. Wisel dibunyikan setelah masa tamat.
  7. Wakil kumpulan meletakkan botol masing-masing di atas meja.
  8. Guru dan murid berbincang dan membandingkan  tentang isipadu air yang berjaya diisi oleh setiap kumpulan.
  9. Wakil murid diminta menyusun  botol mengikut kedudukan isipadu air yang paling banyak hingga paling sedikit. 
  10. Wakil murid yang lain diminta menanda kedudukan botol air pada "score board".
  11. Aktiviti "Siapa Banyak Mengisi Air" diulang
  12. Kumpulan yang dapat score 1 paling banyak dikira pemenang.
                                                                 
                                                        CONTOH SKOR MARKAH



MERAH

BIRU

KUNING

HIJAU
    
     OREN

1
3
1
2
5





5
2
3
1
4

4
1
4
3
3

3
4
2
4
1

2
5
5
5
2

Nota Skor:
1- Paling Banyak
2- Banyak
3- Sedikit
4- Kurang Sedikit
5- Paling Sedikit



ALAT PENYUKAT ISIPADU PIAWAI


ALAT PENYUKAT ISIPADU TIDAK PIAWAI






ISIPADU CECAIR

Isipadu cecair merujuk kepada kandungan atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas.  Isipadu cecair dapat diukur dan disukat  dengan menggunakan penyukat yang tidak standard seperti cawan, gelas, atau botol yang pelbagai bentuk dan saiz.  Apabila unit metrik diperkenalkan, isipadu cecair telah diukur dengan menggunakan unit standard  iaitu  milimeter (ml)  dan liter (l).
 Bagi kanak-kanak yang baharu mempelajari tentang isipadu cecair secara formal di sekolah, kadangkala berlaku kesalahtanggapan di mana mereka mengganggap isipadu atau kapasiti cecair itu bergantung kepada ketinggian bekas yang menampungnya, bukan bergantung kepada luas bukaan tapak sesuatu bekas.  Persepsi ini harus diperbetulkan oleh guru yang bertanggungjawab mengajar konsep isipadu cecair  dengan mengajar mengenai jumlah muatan/kandungan dahulu sebelum mengajar  perbandingan kapasiti agar murid-murid tahap 1 ini lebih memahami.
Penggunaan bahan  bantu mengajar  amat penting dalam memberi  penerangan dan peneguhan konsep isipadu cecair.  Dengan adanya bahan bantuan, murid-murid lebih selesa untuk  melakukan  aktiviti mereka tanpa berasa bosan.  Guru pula tidak terbeban dengan tugas mengajar kerana mereka hanya akan bertindak sebagai fasilitator.  Bahan bantu mengajar  yang baik adalah bahan maujud kerana kanak-kanak kecil suka merasa dan memegang sesuatu benda yang ditunjukkan kepada mereka.   
Selain penggunaan bahan bantu mengajar, bahasa yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan penting dalam memberi pemahaman konsep isipadu.  Bahasa yang mudah atau sering digunakan oleh kanak-kanak mampu membantu mereka menanggapi sesuatu fakta.  Penggunaan perkataan sedikit, setengah, banyak, lebih banyak dan kurang sedikit boleh digunakan oleh guru.  Bagaimanapun pemilihan penggunaan perkataan bergantung juga kepada keadaan  dan bahasa setempat. 

VIDEO PENGAJARAN TOPIK ISIPADU


Aktiviti pengajaran  yang ditunjukkan menarik kerana watak kartun yang dipaparkan dan disertakan dengan lagu. Sesuai dengan jiwa murid tahun 2.