Tuesday, November 23, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KUMPULAN LEMAH

Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair.

Hasil pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat,
  • Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan alat penyukat tidak piawai.
Bahan Bantu Mengajar:
  • Baldi
  • Botol
  • Span
  • Air berwarna (kuning, biru, hijau, merah, oren)
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid telah belajar tentang banyak, lebih banyak, sedikit, kurang, tinggi, dan rendah semasa di Tahun 1.

Aktiviti:
  1. " Siapa Banyak Mengisi Air" di buat di luar bilik darjah.
  2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
  3. Setiap kumpulan diberi nama berdasarkan warna air di dalam baldi yang diberi oleh guru.
  4. Murid dimminta mengisi air ke dalam botol dengan menggunakan span secara bergilir-gilir antara ahli dalam kumpulan.
  5. Masa diberi untuk mengisi air adalah 2 minit.
  6. Wisel dibunyikan setelah masa tamat.
  7. Wakil kumpulan meletakkan botol masing-masing di atas meja.
  8. Guru dan murid berbincang dan membandingkan  tentang isipadu air yang berjaya diisi oleh setiap kumpulan.
  9. Wakil murid diminta menyusun  botol mengikut kedudukan isipadu air yang paling banyak hingga paling sedikit. 
  10. Wakil murid yang lain diminta menanda kedudukan botol air pada "score board".
  11. Aktiviti "Siapa Banyak Mengisi Air" diulang
  12. Kumpulan yang dapat score 1 paling banyak dikira pemenang.
                                                                 
                                                        CONTOH SKOR MARKAH



MERAH

BIRU

KUNING

HIJAU
    
     OREN

1
3
1
2
5





5
2
3
1
4

4
1
4
3
3

3
4
2
4
1

2
5
5
5
2

Nota Skor:
1- Paling Banyak
2- Banyak
3- Sedikit
4- Kurang Sedikit
5- Paling Sedikit



No comments:

Post a Comment