Kebiasaannya, di dalam sesebuah kelas, guru akan berhadapan dengan murid yang berbeza kebolehan. Terdapat murid yang arus perdana dan juga murid Linus. Justeru itu, guru perlu memainkan peranan bagi memilih kaedah dan teknik yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid-muridnya. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai dapat menjadikan sesuatu proses P&P menarik dan memberi ruang untuk membolehkan murid-murid mengambil bahagian secara aktif.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya menggalakkan murid membelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan adalah sesuai dengan aktiviti mengukur dan membanding isipadu yang telah dicadangkan. Aktiviti sebegini memberi peluang kepada murid-murid menggunakan deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Aktiviti ini juga berpusatkan murid dan seterusnya secara tidak langsung murid dapat mengamalkan nilai-nilai kolaboratif. Tambahan pula, bahan bantu mengajar yang disediakan merupakan bahan yang biasa dilihat dan diguna oleh murid-murid. Mereka tahu cara penggunaan alat dan dengan ini memudahkan guru memberi arahan.
No comments:
Post a Comment