Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat,
- Mencatat isipadu cecair yang disukat.
Bahan Bantu Mengajar:
- Air berwarna (merah,biru,kuning,hijau, oren)
- Bekas pelbagai bentuk dan saiz.
- Bikar penyukat.
Aktiviti:
- Guru menunjukkan 3 bekas yang berlainan bentuk dan saiz.
- Setiap bekas ditanda dengan A,B, dan C dan diisi dengan air berwarna merah.
- Guru bersoaljawab dengan murid tentang air dalam bekas manakah yang paling banyak.
- Guru meminta seorang murid ke depan dan memasukkan air dari bekas A ke dalam bikar penyukat untuk mengetahui isipadu sebenar.
- Guru dan murid berbincang bacaan isipadu air.
- Guru menegaskan cara bacaan yang betul.
- Bacaan isipadu bekas A dicatat.
- Aktiviti diulang untuk bekas B dan C.
- Murid dan guru merumus isipadu dari bekas yang mana paling banyak, sedikit dan paling sedikit.
- Aktiviti diteruskan dengan permainan "Mari Menyukat".
PERMAINAN MARI MENYUKAT
- Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut warna air yang diberi.
- Setiap kumpulan diberi 6 bekas pelbagai bentuk dan saiz yang berisi air berwarna dan sebiji bikar penyukat.
- Murid menyukat air dengan menggunakan bikar penyukat dan mencatat isipadu air dalam lembaran kerja yang diberi.
- Kumpulan yang dapat membuat catatan yang paling tepat dikira pemenang.
CONTOH LEMBARAN KERJA
No comments:
Post a Comment